Monday, August 9, 2010
Perlancaran Bulan Patriotisme 2010
Sempena kedatangan bulan Ogos 2010, SK Tunku Ismail telah melancarkan Bulan Patriotisme 2010. "1 Malaysia Menjana Tranformasi ", itu tema hari Kebangsaan yang akan di sambut pada 31 Ogos 2010. Berikut adalah warna warni pelancaran Bulan Patriotisme 2010.
Saturday, July 10, 2010
Apa itu Boria ..!
Pertandingan Boria Peringkat KMY
Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam menjadikan Pasukan Boria SKTI selaku Naib Juara pada pertandingan Boria Peringkat KMY. Pertandingan ini diadakan pada 8 Julai 2010 bertempat di SK Syed Jan Sungai Pertani.
Tahniah juga diucapkan kepada pasuka Boria SKTI kerana berjaya memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjadi satu pasukan boria yang hebat. Boria mempunyai peraturan tertentu yang harus dipatuhi sebelum sesebuah pasukan itu layak dianggap pasukan boria. Kegagalan mematuhi peraturan seharusnya sesebuah pasukan itu tidak layak untuk bergelar juara.
Sekalipun menduduki tempat kedua, persembahan Boria SKTI menghiburkan dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir.
Tahniah pada semua yang terlibat.

Wednesday, May 26, 2010
Percaya atau tidak !
Ladang teh di Cameron Highland ini telah mencapai usia 81 tahun. Sekiranya pokok ini tidak dipotong ketinggiannya sekarang ni mampu mencapai 15 kaki. Pokok teh juga akan ditanam semula selepas 150 tahun. Setiap tiga tahun pokok ini akan dipotong untuk mengekalkan ketinggian yang sama. Baja ditabur menggunakan kapal terbang.
Upah yang dibayar untuk memetik daun teh dengan menggunakan tangan hanyalah 20 sen /kg. Sementara mnggunakan mesin, upahnya hanyalah 18 sen/kg. Kebanyakan pekerja terdiri daripada warga asing.
Mesin pemprosesan zaman penjajah yang masih digunakan untuk memproses teh dan Mesin yang digunakan untuk memetik daun teh.

Monday, May 17, 2010
Rover Moot Antarabangsa 2010
SKTI berpeluang menyertai satu Jambori Pengakap Sedunia (World Scout Jambory) yang dikenali sebagai Rover Moot Antarabangsa 2010, bertemakan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan bertempat di Pantai Merdeka. Jambori ini dianjurkan oleh Pengakap Kelana daerah Kuala Muda Yan. Penyertaan ini adalah suatu yang berharga buat pelajar-pelajar. Mereka berkesempatan bertemu dengan pengakap dari sekolah yang berlainan dan juga peminpin pengakap peringkat kebangsaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)