Tuesday, April 21, 2009

Hoki Mencipta Nama

Tn. Guru Besar yang sentiasa memberi sokongan.


En. Yaacob Hamid, Jurulatih sokongan sedang menyusun strategi sebelum perlawanan.


Penyertaan pertama pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail ke Kejohanan Hoki MSSK (D) Kuala Muda Yan Tahun 2009 setelah hampir 8 tahun tidak menyertainya ternyata telah memberi hasil yang baik. Pasukan SK Tunku Ismail yang rata-rata dibarisi oleh pemain yang baru sahaja berjinak dengan hoki ini telah berjaya membawa pulang pingat gangsa apabila tewas ditangan SK Sg. Pasir Kechil pada peringkat separuh akhir dengan 2-0.


Pada peringkat kumpulan, SK Tunku Ismail bersama SK Bandar Baru Sg. Lalang, SK Ibrahim dan SJK (T) Saraswathy berada dalam kumpulan C. Tewas satu perlawanan ditangan SK Bandar Baru Sg. Lalang (1-0) selain memenangi pertemuan dengan SK Saraswathy (2-0) pada perlawanan pembukaan dan SK Ibrahim (1-0) meletakkan pasukan SK Tunku Ismail sebagai naib johan kumpulan C dibelakang SK Bandar Baru Sg. Lalang.
Hasil penyertaan ini, dua orang murid iaitu Muhammad Hakimi Abdul Manaf (Tahun 5) dan Muhammad Yaqiz Yaacob (Tahun 6) telah dipilih untuk mewakili pasukan Daerah Kuala Muda Yan pada Kejohanan Hoki MSSK yang akan berlangsung pada 24-26 April ini di Padang Kompleks Hijau Kuning, Alor Setar, Kedah.