Saturday, May 23, 2009

untuk semua..

-zaher-

KURSUS MS POWERPOINT...











23 Mei 2009 - Unit LDP SK Tunku Ismail telah menganjurkan satu kursus penguasaan MS Power Point yang telah diadakan di Makmal ICT SK Tunku Ismail. Menurut Setiausaha LDP, Pn. Shrina Abd Razak, Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua guru tentang kelebihan Power Point dalam P&P.
kursus ini telah dikendalikan oleh Ust Abd Rahman Kadir Jelani, penyelaras ICT SK Tunku Ismail dan dibantu oleh jurulatih utama, En Zaher Hashim.




Sunday, May 17, 2009

EMMM..SEDAPNYA...
KOIR DARI KELAS 2A DGN LAGU "TERIMA KASIH CIKGU"













SAMBUTAN HARI GURU 2009


SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU 2009

Saturday, May 16, 2009

jangan jadi macam ni....hehhehe

Lagu Tema Hari Guru 2009




PENGENALAN HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.


Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.





LOGO HARI GURU

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.




LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Sajak buat KITA..

Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang1979

Selamat Hari Guru untuk semua warga SKTI

selamat hari guru.....

Wednesday, May 6, 2009

SK Tunku Ismail Rangkul Kejuaran Berganda




Kejohanan Bola Baling PKG Sg. Petani 2009 mencatat sejarah tersendiri bagi SK Tunku Ismail apabila pasukan L12 dan P12 muncul juara bagi ketegori masing-masing. Pada Perlawanan akhir yang menyaksikan pertembungan dengan SK Sg. Pasir bagi kedua-dua ketegori, Pasukan L12 berjaya menewaskan SK Sg. Pasir dengan 13-0. Pasukan P12 yang turut bertemu dengan SK Sg. Pasir diisytiharkan sebagai pemenang oleh pengadil dengan keadah lambungan syiling selepas perlawanan berkesudahan seri 6-6 pada perlawanan sebenar dan 1-1 pada balingan penalti.




Pasukan P12 yang memulakan perlawanan dengan baik sehingga mendahului 4-1, akhirnya berjaya dikejarkan oleh pasukan lawan dan diikat dengan 4-4 pada separuh masa pertama. memulakan separuh masa kedua, SK Sg. Pasir kembali mendahului 5-4 dan kemudiannya diikat kembali dengan 5-5. perlawanan berterusan dengan serangan dari kedua-dua pasukan yang akhirnya membuahkan hasil bagi SK Tunku Ismail untuk kembali mendahului dengan 6-5. Menjelang saat-saat akhir wisel penamat ditiup, kelekaan benteng pertahanan SK Tunku Ismail dihukum oleh pasukan lawan dengan penyamaan yang mengheret perlawanan ke masa tambahan.




Syabas SK Tunku Ismail...

Peristiwa-Peristiwa Minggu Ke-16







26. 04. 2009 : English Week yang bermula sejak 19 April lalu telah dilancarkan oleh Tn. Guru Besar pagi ini pada perhimpunan rasmi. Majlis Pelancaran yang dipengerusikan oleh Pn. Fazilah Abd Jalil selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris turut menjemput Tn. Guru Besar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang beberapa acara yang telah dipertandingkan sepanjang English Week ini berlangsung.






Barisan guru dan jululatih dari pasukan PKG Kuala Ketil


Pada hari yang sama, satu perlawanan persahabatan bola baling telah diadakan di Padang SKTI diantara pasukan SKTI vs Pasukan PKG Kuala Ketil. Perlawanan ini dianggap sebagai perlawanan pemanas badan bagi pasukan SKTI yang akan menyertai kejohanan bola baling peringkat PKG Sg. Petani yang turut dilangsungkan di Padang SKTI ini.


Penentuan penalti yang mendebarkan


27 & 28. 04. 2009 : Kejohanan Bola Baling Peringkat PKG Sg. Petani bermula hari ini seawal jam 8.30 pagi dengan jumlah penyertaan adalah masing-masing 9 pasukan bagi setiap kategori iaitu L12 dan P12.




Pasukan SKTI L12 berada dalam kumpulan B bersama pasukan dari SK Bakar Arang, SK Sidam Kiri dan SK Sg. Petani. Memulakan perlawanan bertemu SK Bakar Arang, SKTI menang 12-0, kemudian bertemu SK Sg. Petani (16-1) dan terakhir bertemu SK Bakar Arang (9-1). Pasukan SKTI L12 layak ke separuh akhir untuk bertemu dengan pasukan SK Seri Gedong yang muncul naib johan kumpulan A. Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Effendi ini akhirnya muncul juara apabila menewaskan SK Sg. Pasir pada perlawanan akhir dengan 13-0.

Manakala Pasukan SKTI P12 pula diletakkan dalam kumpulan C bersama pasukan dari SK Taman Seri Wang, SK Bakar Arang dan SK Sg. Petani. memulakan perlawanan bertemu SK Taman Seri Wang, Pasukan SKTI menang dengan jaringan 6-2. kemudiannya bertemu degan SK Bakar Arang (4-0) dan SK Sg. Petani (10-0). Pasukan ini turut layak ke separuh akhir bertemu SK Seri Gedong dan akhirnya turut muncul juara setelah dipilih sebagai pemenang dengan kiraan lambungan syiling selepas seri 6-6 pada perlawanan sebenar dan seri 1-1 pada balingan penalti ketika bertemu SK Sg. Pasir.

Ini merupakan kejayaan sulung secara berganda bagi SK Tunku Ismail. hasil kejayaan ini, SK Tunku Ismail telah diberi tanggungjawab selaku pembimbing dari sudut pengurusan dan kejurulatihan bagi menghadapi kejohanan peringkata daerah yang akan diadakan pada 12-14 Mei ini di SMK Bt5 Jalan Jeniang, Gurun Kedah.


Ust Abdul Somad sedang memantau proses P&P Khatam Al-Quran


29. 04. 2009 : SK Tunku Ismail telah diziarahi oleh Pasukan Pemantau Bersepadu Program j-QAF yang diketui oleh Ust Abdul Somad Abdullah, Penolong Pengarah Kanan j-QAF, JPN Kedah, Ust Dziauddin Saad, Pegawai Khas j-QAF PPD Kota Setar dan Ust Jamal Abdul Nasir Abdul Rahman.