Sunday, March 28, 2010

Penyampaian Sijil dan cenderahati kepada AJK PIBG

Sebagai tanda penghargaan semua AJK PIBG sessi 2009/2010 telah dianugerahkan sijil dan cenderahati yang disampaikan oleh Pn Syahanim dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 19. Taniah diucapkan kepada semua AJK PIBG sessi 2009/2010.







Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19

SKTI telah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 19 pada 28 Mac 2010 bertempat di Dewan SKTI. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pn Shahanim Bt Mohammad Yusoff, BKM, AMK,BCM,JP. Beliau merupakan Yang Dipertua PERDASAMA Negeri Kedah.
Majlis dapat dijayakan dengan sempurna atas kerjasama semua yang terlibat antaranya pihak pengurusan sekolah, guru-guru, AJK PIBG dan semua yang terlibat. Terima kasih pada semua yang terlibat.


Ringkas tetapi menarik






















Kedatangan Yang Berbahagia Pn Syahanim disambut oleh GB, PK dan YDP PIBG











Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Abd Rahman














Ucapan Perasmian, Ucapan GB dan YDP PIBG































Sebahagian daripada ibu bapa yang hadir




































AJK PIBG yang baru dilantik bagi sessi 2010/2011



















Jamuan





Wednesday, March 24, 2010

Kejohanan Padang Dan Balapan

Tahniah dan terima kasih

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staf sekolah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah bagi tahun 2010. Kita telah menunjukkan bahawa kita boleh melakukan yang terbaik. Dalam kejohanan tersebut saya dapati banyak daripada pelajar kita yang mempunyai kebolehan dan berpotensi untuk digilap bakatnya menjadi ahli sukan khususnya dalam acara padang dan balapan. Bakat2 asas ini jika kita boleh berikan tunjuk ajar yang betul serta latihan yang berterusan secara bersungguh-sungguh, tidak mustahil, murid-murid sekolah kita akan mendominasi kejohanan peringkat daerah. Bayangkan jika kita benar-benar lakukan itu, dalam masa yang sama tiada sekolah yang berbuat demikian, maknanya kita mempunyai kelebihan. Kanak2 jika diberi tunjuk ajar dan latihan yang cukup mereka cepat belajar dan boleh menguasainya.

Untuk berbuat demikian, kita memerlukan kesungguhan, komitmen dan pengorbanan masa dan tenaga. Tetapi, itulah sebenarnya guru atau pendidik yang sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk memberikan apa saja yang positif kepada kanak2. Sukan membentuk insan yang sihat dan berdisiplin. Bukankah ini salah satu daripada matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita?
0 comments

Acara Perbarisan_Kejohanan Padang Dan Balapan




Acara Perbarisan

Tuesday, March 16, 2010

Kejohanan Padang Dan Balapan






Sk Tunku Ismail telah mengadakan Kejohanan Padang Dan Balapan pada 11 Mac 2010. Terima kasih pada semua yang menjayakan kejohanan ini dan semua yang hadir.