Saturday, February 21, 2009

Warna Warni Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-14

YDP PIBG, En. Yaakob Hamid menerima tabik hormat

AJK yang bertugas dimeja urusetia

Perbarisan dari Kontinjen Rumah Biru yang muncul juara kategori perbarisan

Sebahagian dari kontinjen yang mengambil bahagian

Bendera kejohanan berkibar megah

Najib Zainal mengetuai bacaan ikrar

Barisan VIP

Acara 100m kategori L6 dimenangi peserta rumah Hijau

Barisan hakim dan pegawai kejohanan

Tn.Guru Besar menyampaikan ucapan penutup

Sebahagian guru yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan kali ini.

Tuesday, February 17, 2009

Bahang Kejohanan Olahraga Tahunan Kian Terasa..


Hari ini padang SKTI menjadi saksi segala penat lelah guru-guru dan staf yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam persiapan menghadapi kejohanan olahraga 2009 ini. dengan hiasan padang yang mengelilingi kawasan padang dan trek, menjadikan suasana kejohanan kali ini kian terasa bahangnya.



Guru Besar, En. Che Hassan yang turun meninjau persiapan dan raptai penuh hari ini melahirkan rasa gembira dengan atas kerjasama dan usaha yang ditunjukkan para guru, staf dan murid.

Hari ini pagi-pagi lagi Cikgu Fendi sudah bersedia dipadang bagi menyusun perbarisan kontinjen rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian. beliau dibantu oleh Cikgu Razali dan Ust Amir.
Turut menjayakan raptai hari ini ialah pasukan tarian pom-pom yang dibimbing oleh Pn. Fatimah Ismail dan Pn. Hong Siew Leey.

Tuesday, February 10, 2009

Majlis Iltizam Waris UPSR 2009

8 Feb. 2009 - Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 bakal menjelma lagi pada September ini. Segala usaha dan perancangan bagi meningkatkan pencapaian murid telah pun dimulakan sejak dari awal sesi persekolahan 2009 bermula. Barisan guru-guru yang berpengalaman dipilih untuk menganggotai JK Tahun 6 agar segala perancangan peningkatan akademik dapat berjalan mengikut jadual.

Disamping para guru, tugas dan peranan para ibu bapa turut memberi impak yang besar terhadap kejayaan murid-murid khususnya pada UPSR nanti. Maka atas dasar kebersamaan ini, JK Tahun 6 telah menganjurkan satu program yang menemukan para waris murid Tahun dan pihak guru bagi membincangkan dan mengambil kata sepakat berhubung perancangan yang telah disusun oleh pihak sekolah.

Program Majlis Iltizam Waris UPSR 2009 telah menghimpunkan sebahagian besar para waris telah diadakan pada 8 FEB 2009 yang lalu. Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna SK Tunku Ismail ini bermula seawal jam 8.15 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Tn. Guru Besar, En. Che Hassan Che Yahya. Majlis diteruskan dengan slot Perkongsian Ilmu yang disampaikan oleh Dr. Nurain Mohd Noor, Pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sg. Petani merangkap Naib Yang Dipertua PIBG SK Tunku Ismail. Slot terakhir yang mengisi ruang majlis ini ialah sesi perbincangan antara para waris dan guru.

Semoga SK Tunku Ismail mampu melonjak ke tahap kecemerlangan yang sebenar..

Monday, February 9, 2009

Kursus Kepimpinan Pengawas 2009


7 Feb. 2009 - Kursus Kepimpinan Pengawas anjuran JK Disiplin dan Pengawas telah berjaya menghimpunkan semua pengawas, pengawas pusat sumber serta ketua dan penolong ketua darjah. Program yang bertujuan bagi memberi pendedahan tentang kepimpinan dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin sekolah ini diharap dapat membangkitkan semangat para pengawas yang dilantik untuk membantu pihak sekolah menjalankan tugas-tugas disiplin.


Perjalanan program bermula dengan sesi pendaftaran peserta pada jam 8.00 pagi. seterusnya majlis perasmian disempurnakan oleh Tn. Hj. Ishak B. Saad, Penolong Kanan Kurikulum SK Tunku Ismail. Di dalam ucapannya, Tn. Hj. Ishak memberi penegasan kepada para peserta betapa pentingnya memahami tugas sebagai seorang pengawas dan tahu batas-batas terhadap tugas yang dipikul.



"Tugas kita hanya membantu guru-guru menguatkuasakan peraturan sekolah. Kalau kita nampak kawan-kawan kita buat salah, kita tegur. Tapi kalau depa tak mau dengar juga kita catit nama dan buat laporan kepada guru disiplin. Jangan sekali-kali ambil tindakan sendiri yang melampaui batas seperti memukul dan sebagainya yang tidak dibenarkan oleh peraturan kita", kata beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian tersebut.


Kursus diteruskan dengan slot ceramah yang dikendalikan oleh Ust. Amir dan Ustazah Sofiah diikuti dengan slot LDK yang dikendalikan oleh Cikgu Zahir Hashim.

Majlis penutup kursus disempurnakan oleh Yang Berusaha, En. Che Hassan Che Yahya, Guru Besar SK Tunku Ismail pada jam 1.30 ptg.

Saturday, February 7, 2009

Ceramah Maal Hijrah 1430H


Program ceramah sempena sambutan Maal Hijrah 1430 telah diadakan di Dataran Perhimpunan SK Tunku Ismail. Program yang merupakan anjuran Panitia Pendidikan Islam ini adalah acara yang wajib disambut setiap tahun bagi mengenangkan peristiwa hijrah yang telah berlaku kepada Baginda Rasulullah s.a.w







Program dimulakan dengan acara selawat beramai-ramai yang dipimpin oleh Ust. Amir. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Ust. Azli Mohd Nason, guru dari SMA Al-Islah, Sg. Petani, Kedah. Beliau yang merupakan lulusan dari Universiti Abu Nour, Damascus, Syria jurusan pengajian Islam dan Bahasa Arab.


Di dalam ceramah tersebut, beliau banyak menyentuh tentang kepentingan memahami kehendak hijrah yang membawa makna perpindahan itu kepada kelangsungan Islam dan keperluannya kepada kehidupan semasa manusia pada hari ini. Tanpa hijrah, seseorang manusia itu tidak dapat melakukan sebarang perubahan ke arah yang lebih di dalam kehidupan samada kehidupan berkeluarga mahupun kehidupan bermasyarakat supaya seluruh masyarakat itu dapat menjalani kehidupan yang penuh keberkatan dan kerahmatan dari Allah s.w.t.



Sesi ceramah turut diselang seli dengan acara kuiz yang dikendalikan sendiri oleh penceramah. Ini bertujuan bagi menarik minat murid untuk terus mengikuti ceramah yang disampaikan dan seterusnya mereka dapat memahami dengan baik.


Selamat Tahun Baru Hijrah 1430..