Tuesday, September 8, 2009

Program Pemantapan Sahsiah Dan Disiplin Murid











Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat Waris Tahun 6



Majlis bacaan yasin dan solat hajat waris Tahun 6 telah berlangsung pada 5 September lalu di Dewan Kantin, SK Tunku Ismail. Majlis bermula pada jam 6.30 ptg dengan bacaan yasin yang dipimpin oleh Ust Radzi, imam Masjid Taman Intan yang juga merupakan waris kepada salah seorang murid tahun 6.
Majlis diteruskan dengan berbuka puasa dan solat terawih.

Wednesday, September 2, 2009

Ujian Pengesanan 2




Sekarang ini sedang berlangsung ujian pengesanan 2 bagi penggal pengajian kedua sesi 2009 ini. Ujian yang bermula pada 1 Sept. 2009 akan berakhir pada 3 Sept. 2009. Ujian-ujian sebegini adalah bertujuan bagi mengekalkan momentum murid untuk terus bersedia dan mempersiapkan diri dengan ilmu setiap masa.

Sambutan Ambang Kemerdekaan







Sambutan Ambang Merdeka peringkat sekolah berlangsung dalam suasana yang penuh kesederhanaan. Program yang bermula jam10.30 pagi itu diadakan di dewan kantin SK Tunku Ismail bertujuan bagi menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kali ke-52.

Sambutan tahun ini dengan tema "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh ust Khairul Izad.

Program diteruskan dengan ucapan yang disampai oleh En. Ishak b. Saad, PK Kurikulum SK Tunku Ismail. seterusnya persembahan koir oleh murid dari tahun 5 Bestari.

Perutusan-perutusan sempena kemerdekaan turut dibacakan dengan dimulia oleh perutusan SDP Yang Dipertuan Agong. Perutusan SDP Yang Dipertuan Agong telah dibacakan oleh Ust. Abd. Rahman. seterusnya perutusan Menteri Pelajaran Malaysia yang telah disampaikan oleh En. Nor Azizan dan perutusan KPPM telah dibacakan oleh Ust. Amir.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan 31 Ogos.

Selamat Menyambut Kemerdekaan kali Ke-52..