Wednesday, January 14, 2009

Persiapan Kejohanan Olahraga Kali Ke-14 Bermula..

Cikgu Rosidi memperkatakan sesuatu kepada Tn. Guru Besar yang turun meninjau persiapan padang

Padang yang sedia untuk digunakan

Barisan guru rumah Nilam


Cikgu Fendi sedang mengendalikan mesyuarat rumah Hijau



Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-14 mula membuka tirainya hari ini. Pagi tadi berlangsungnya mesyuarat rumah-rumah sukan iaitu Zamrud, Nilam, Mutiara dan Delima bagi memilih dan melantik Ajk-Ajk yang akan mengetuai rumah-rumah sukan ini. Segala persiapan dan perancangan telah mula dibincangkan pada mesyuarat ini bagi meletakkan sasaran bagi menghadapi kejohanan sebenar yang akan berlangsung pada 18 Feb. 2009 akan datang.


Kehangatan kejohanan ini diteruskan lagi dengan latihan rumah sukan yang telah dimulakan pada petang ini oleh rumah Zamrud (Hijau) dan rumah Mutiara (Kuning)


Namun sebelum itu, kerja-kerja menyiapkan padang dan trek telah bermula sejak minggu pertama persekolahan lagi. En. Sethuraman dengan dibantu oleh Cikgu Rosidi, Cikgu Fendi dan rakan-rakan guru yang lain telah berjaya menyiapkan trek 200m untuk kegunaan kejohanan itu nanti.

Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2009

Tn. Guru Besar sedang menyampaikan watikah kepada salah seorang pengawas

Bacaan ikrar yang diketuai oleh Sdr. Najib

Barisan pengawas dari Tahun 6

Barisan pengawas dari Tahun 5

Barisan pengawas dari Tahun 4


11 Jan. 2009 - Satu majlis Penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah 2009 berlangsung pagi ini sejurus perhimpunan rasmi selesai dengan disempurnakan oleh Yang Berusaha Tn. Guru Besar sendiri.
Seramai 70 orang pengawas yang terdiri dari murid-murid tahun 6, tahun 5 dan tahun 4 tampil menerima watikah pelantikan tersebut yang disampai oleh Tn. Guru Besar.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan lafaz ikrar pengawas sekolah yang diketuai oleh Ahmad Najib selaku ketua pengawas yang dipilih.

Sunday, January 11, 2009

Perhimpunan Sekolah Berwajah Baru

Tn. Guru Besar sedang menyampaikan amanat beliau pada perhimpunan pagi Ahad yang lalu

Pentas perhimpunan baru

Ikrar murid dilakukan dengan penuh semangat

Semangat tahun baru masih segar terasa di minggu kedua sesi persekolahan 2009 ini. Keadaan ini jelas tergambar diwajah anak-anak didik dan guru-guru yang menunjukkan komitmen yang baik sepanjang minggu pertama yang lalu.
Suasana perhimpunan rasmi pagi Ahad juga sudah berbeza. Dengan pentas baru yang dibina hasil kerja tangan Tn. Guru Besar dan para pekerja sekolah, ternyata ia berjaya merubah lanskap tapak perhimpunan yang menjadi tempat acara rasmi mingguan itu diadakan.
Semoga momentum ini berterusan dan mampu diterjemahkan agar SK Tunku Ismail terus gemilang dan cemerlang.

Gotong royong dan Bestari Solat











Ust Khairul Izad Ismail, orang kuat j-QAF SK Tunku Ismail


10 Jan. 2009 - Program gotong royong dan Kem Bestari Solat Tahun 5 telah diadakan serentak di surau SK Tunku Ismail. Program yang digerakkan oleh JK Panitia Pendidikan Islam telah berjalan dengan lancar.

Program yang dimulakan dengan gotong royong membersih dan mengemaskini surau sekolah melibatkan guru-guru pendidikan Islam dan murid-murid tahun 5. turut hadir membantu ialah Cikgu Zolkafli, Cikgu Faridah Ani dan juga beberapa orang guru yang lain.

Setiausaha Panitia Pendidikan Islam, Ustazah Fauziyah Ibrahim berkata, program yang dirancang pada mesyuarat panitia yang lalu dapat berjalan dengan baik serta mengikut perancangan.

"Alhamdulillah, program ini dapat berjalan dengan lancar dan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, terutama Tn. Guru Besar di atas sokongan dan dokongan yang kuat terhadap program ini", ujar beliau lagi.

Program diteruskan dengan aktiviti bestari solat yang dikendalikan oleh Ust Khairul Izad dan dibantu oleh guru-guru j-QAF yang lain. Menurut Penyelaras j-QAF SK Tunku Ismail, Cik Masnim Ariza Makhtar, program ini dijalankan sebagai satu refreshment kepada semua murid tahun 5 sebelum program bestari solat perdana yang akan diadakan pada bulan March akan datang.

Wednesday, January 7, 2009

Salam Pembuka Bicara

Assalamualaikum..

Buletin SK Tunku Ismail memulakan langkah hari ini sebagai wadah dan inspirasi kepada semua warga SK Tunku Ismail untuk sama-sama kita berkongsi aspirasi dan iltizam ke arah merealisasikan visi, misi dan wawasan sekolah demi kecemerlangan yang hakiki.

Buletin ini mengikut perancangannya akan diterbitkan sebagai edisi cetak pada setiap awal bulan dengan edaran terhad kepada guru-guru dan staf. namun buletin online ini akan terus dikemaskini dari masa semasa.

harapan dari pihak redaksi agar semua warga dapat berkongsi idea bagi memantapkan persembahan buletin ini.

Buletin ini boleh dihubungi melalui email : buletin.skti@gmail.com

kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan bahkan kami juga bersedia untuk berkongsi dan menerima bahan-bahan yang sesuai untuk dimuatkan di dalam buletin ini.

wassalam..