Wednesday, January 14, 2009

Persiapan Kejohanan Olahraga Kali Ke-14 Bermula..

Cikgu Rosidi memperkatakan sesuatu kepada Tn. Guru Besar yang turun meninjau persiapan padang

Padang yang sedia untuk digunakan

Barisan guru rumah Nilam


Cikgu Fendi sedang mengendalikan mesyuarat rumah Hijau



Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-14 mula membuka tirainya hari ini. Pagi tadi berlangsungnya mesyuarat rumah-rumah sukan iaitu Zamrud, Nilam, Mutiara dan Delima bagi memilih dan melantik Ajk-Ajk yang akan mengetuai rumah-rumah sukan ini. Segala persiapan dan perancangan telah mula dibincangkan pada mesyuarat ini bagi meletakkan sasaran bagi menghadapi kejohanan sebenar yang akan berlangsung pada 18 Feb. 2009 akan datang.


Kehangatan kejohanan ini diteruskan lagi dengan latihan rumah sukan yang telah dimulakan pada petang ini oleh rumah Zamrud (Hijau) dan rumah Mutiara (Kuning)


Namun sebelum itu, kerja-kerja menyiapkan padang dan trek telah bermula sejak minggu pertama persekolahan lagi. En. Sethuraman dengan dibantu oleh Cikgu Rosidi, Cikgu Fendi dan rakan-rakan guru yang lain telah berjaya menyiapkan trek 200m untuk kegunaan kejohanan itu nanti.

1 comment:

chehassan said...

Tahniah dan terima kasih ustaz atas penerbitan ini. Diharap dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah. Penerbitan ini diharap dapat dijadikan bahan rujukan sekolah.