Sunday, January 11, 2009

Gotong royong dan Bestari Solat











Ust Khairul Izad Ismail, orang kuat j-QAF SK Tunku Ismail


10 Jan. 2009 - Program gotong royong dan Kem Bestari Solat Tahun 5 telah diadakan serentak di surau SK Tunku Ismail. Program yang digerakkan oleh JK Panitia Pendidikan Islam telah berjalan dengan lancar.

Program yang dimulakan dengan gotong royong membersih dan mengemaskini surau sekolah melibatkan guru-guru pendidikan Islam dan murid-murid tahun 5. turut hadir membantu ialah Cikgu Zolkafli, Cikgu Faridah Ani dan juga beberapa orang guru yang lain.

Setiausaha Panitia Pendidikan Islam, Ustazah Fauziyah Ibrahim berkata, program yang dirancang pada mesyuarat panitia yang lalu dapat berjalan dengan baik serta mengikut perancangan.

"Alhamdulillah, program ini dapat berjalan dengan lancar dan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, terutama Tn. Guru Besar di atas sokongan dan dokongan yang kuat terhadap program ini", ujar beliau lagi.

Program diteruskan dengan aktiviti bestari solat yang dikendalikan oleh Ust Khairul Izad dan dibantu oleh guru-guru j-QAF yang lain. Menurut Penyelaras j-QAF SK Tunku Ismail, Cik Masnim Ariza Makhtar, program ini dijalankan sebagai satu refreshment kepada semua murid tahun 5 sebelum program bestari solat perdana yang akan diadakan pada bulan March akan datang.

1 comment:

chehassan said...

Tahniah kepada Panitia Agama Islam dan JK j-QAF atas kesungguhan ini. Semestinya apa yang dilakukan dirahmati Allah. Manfaatkanlah kemudahan sekolah termasuk surau untuk memajukan pendidikan di SKTI. InsyaAllah, saya akan sentiasa bersama sahabat semua menuju visi sekolah.