Sunday, January 11, 2009

Perhimpunan Sekolah Berwajah Baru

Tn. Guru Besar sedang menyampaikan amanat beliau pada perhimpunan pagi Ahad yang lalu

Pentas perhimpunan baru

Ikrar murid dilakukan dengan penuh semangat

Semangat tahun baru masih segar terasa di minggu kedua sesi persekolahan 2009 ini. Keadaan ini jelas tergambar diwajah anak-anak didik dan guru-guru yang menunjukkan komitmen yang baik sepanjang minggu pertama yang lalu.
Suasana perhimpunan rasmi pagi Ahad juga sudah berbeza. Dengan pentas baru yang dibina hasil kerja tangan Tn. Guru Besar dan para pekerja sekolah, ternyata ia berjaya merubah lanskap tapak perhimpunan yang menjadi tempat acara rasmi mingguan itu diadakan.
Semoga momentum ini berterusan dan mampu diterjemahkan agar SK Tunku Ismail terus gemilang dan cemerlang.

1 comment:

chehassan said...

Terima kasih dan tahniah atas penerbitan ini. Saya sangat berharap ini semua dapat dimanfaatkan oleh semua warga sekolah dan komuniti setempat.