Wednesday, January 7, 2009

Salam Pembuka Bicara

Assalamualaikum..

Buletin SK Tunku Ismail memulakan langkah hari ini sebagai wadah dan inspirasi kepada semua warga SK Tunku Ismail untuk sama-sama kita berkongsi aspirasi dan iltizam ke arah merealisasikan visi, misi dan wawasan sekolah demi kecemerlangan yang hakiki.

Buletin ini mengikut perancangannya akan diterbitkan sebagai edisi cetak pada setiap awal bulan dengan edaran terhad kepada guru-guru dan staf. namun buletin online ini akan terus dikemaskini dari masa semasa.

harapan dari pihak redaksi agar semua warga dapat berkongsi idea bagi memantapkan persembahan buletin ini.

Buletin ini boleh dihubungi melalui email : buletin.skti@gmail.com

kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan bahkan kami juga bersedia untuk berkongsi dan menerima bahan-bahan yang sesuai untuk dimuatkan di dalam buletin ini.

wassalam..

1 comment:

chehassan said...

Tahniah. Satu permulaan yang sangat baik. Saya sangat berharap seluruh warga dan komuniti sekolah mengambil peluang ini untuk memanfaatkan ruang buletin untuk berkongsi idea dan kesungguhan sebagai wadah kecemerlangan SKTI.