Wednesday, May 26, 2010

Percaya atau tidak !

Ladang teh di Cameron Highland ini telah mencapai usia 81 tahun. Sekiranya pokok ini tidak dipotong ketinggiannya sekarang ni mampu mencapai 15 kaki. Pokok teh juga akan ditanam semula selepas 150 tahun. Setiap tiga tahun pokok ini akan dipotong untuk mengekalkan ketinggian yang sama. Baja ditabur menggunakan kapal terbang.















Upah yang dibayar untuk memetik daun teh dengan menggunakan tangan hanyalah 20 sen
/kg. Sementara mnggunakan mesin, upahnya hanyalah 18 sen/kg. Kebanyakan pekerja terdiri daripada warga asing.


Mesin pemprosesan zaman penjajah yang masih digunakan untuk memproses teh dan Mesin yang digunakan untuk memetik daun teh.

Monday, May 17, 2010

Rover Moot Antarabangsa 2010

SKTI berpeluang menyertai satu Jambori Pengakap Sedunia (World Scout Jambory) yang dikenali sebagai Rover Moot Antarabangsa 2010, bertemakan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan bertempat di Pantai Merdeka. Jambori ini dianjurkan oleh Pengakap Kelana daerah Kuala Muda Yan. Penyertaan ini adalah suatu yang berharga buat pelajar-pelajar. Mereka berkesempatan bertemu dengan pengakap dari sekolah yang berlainan dan juga peminpin pengakap peringkat kebangsaan.



























Sunday, May 16, 2010

Kemeriahan Hari Guru Di SKTI

"SELAMAT HARI GURU " buat semua guru di SKTI. 16 Mei adalah adalah satu tarikh yang ditetap untuk menyambut hari guru. Di SKTI, hari ini disambut dengan meriah hasil kerjasama semua guru dan PIBG.
Acara yang dipertandingan mendapat sambuatan daripada semua guru yang hadir. Beberapa persembahan yang diadakan dapat menghiburkan hadirin yang hadir.

Perhimpunan rasmi juga diadakan untuk membaca perutusan dan nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema hari guru, Guru Pembina Negara Bangsa. Perhimpunan rasmi ini turut dihadiri oleh wakil PIBG.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Rahman diikuti dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Ustaz Amir Nasrun.
























Bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Ustaz Amir Nasrun.

Doa dipohon untuk kesejahteraan semua guru di SKTI.
















































































































































































































































































Adik Amir Zulhilmi menyampaikan ucapan sebagai mewakili pelajar.
























Ucapan YDP PIBG SKTI, En Abd Halim