Thursday, August 27, 2009

Program Pemantapan Murid Tahun 6

Tn. Guru Besar ketika menyampaikan kata-kata semangat buat Murid tahun 6

Bersama Ust Abdul Rahman Kadir Jelani

Bersama Ust Amir

26 Ogos 2009 - Satu program anjuran jawatankuasa Tahun 6 iaitu Program Pemantapan Murid Tahun 6 telah diadakan di Surau SK Tunku Ismail pada pagi hari Rabu yang lalu. Program yang bertujuan untuk memberi ruang dan pendedahan tentang kaedah bagaimana untuk memiliki kejayaan ini merupakan satu program yang penting sebagai satu persediaan sebelum menghadapi UPSR pada September akan datang.
Program yang dimulakan dengan bacaan doa oleh al-Fadhil Tn. Haji Khairul Izad Ismail itu diteruskan dengan pengisian berbentuk ilmiah dan motivasi. Slot pertama program telah diisi oleh Ust. Amir Mohd Nason, slot kedua oleh Ust. Abdul Rahman Kadir Jelani dan slot terakhir telah diisi oleh Tn. Guru Besar sendiri iaitu En. Che Hassan Che Yahya.
Menurut Penyelaras Tahun 6 SK Tunku Ismail, Pn. Fazilah Abdul Jalil, program ini yang jadual asalnya pada awal September nanti adalah bertujuan bagi memantapkan persiapan para murid untuk menghadapi UPSR 2009 nanti.
"Kita sudah pun mempersiapkan mereka dengan teknik-teknik menjawab, begitu juga dengan ujian-ujian percubaan yang telah pun dilalui oleh murid-murid ini. Jadi kita merasakan bahawa murid-murid ini juga amat perlu kepada persiapan dan persediaan dari segi mental dan minda mereka sendiri agar lebih yakin dan bersedia untuk menghadapi UPSR nanti dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penceraramah-penceramah kita terutama Tn. Guru Besar, walaupun kita laksanakan secara dalaman saja namun saya merasakan ia mampu memberi impak yang amat baik kepada para murid", demikian jelas Pn. Fazilah Abdul Jalil.
Turut hadir pada program ini ialah Pn. Rusna Abdullah, guru tahun 6.

Saturday, August 22, 2009

Pelancaran Bulan Patriotisme

Tn. Guru Besar menurunkan tandatangan pada banner pelancaran

Pasukan koir dari kelas 5 Bestari

Murid-murid mengibarkan Jalur Gemilang





Majlis Pelancaran Bulan Patriotisme peringkat SK Tunku Ismail berlangsung meriah. Majlis yang diadakan di Dataran Perhimpunan telah menyaksikan kibaran Jalur Gemilang dari semua warga SK Tunku Ismail.
Majlis yang dimulakan dengan acara rasmi perhimpunan pagi, disusuli dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Tn. Guru Besar, En. Che Hassan Che Yahya.
Majlis diteruskan dengan persembahan koir dari murid Tahun 5 Bestari. Mereka telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Setia dan Lagu Kebangsaan versi Bahasa Arab.
Majlis pelancaran ini diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Sunday, August 16, 2009

Program Permata Pintar

Para peserta sedang menjawab soalan secara talian

Peserta dari SK Tikam Batu sedang menjawab soalan

17 Ogos 2009 - Program saringan Permata Pintar UKM 2 telah diadakan serentak di seluruh negara hari ini dan SK Tunku Ismail turut dipilih sebagai salah satu pusat ujian bagi Daerah Kuala Muda Yan.
Keterangan Ringkas PERMATApintar UKM
Di bahagikan kepada dua program iaitu:- Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)- Program Pintar Cerdas Berbakat di Universiti- Kedua-dua program telah ditanda aras dengan program University John Hopkins dan University Mahidol- Melibatkan pelajar berumur 9 – 15 tahun.
Untuk keterangan lanjut berkenaan program ini, sila layari http://www.permatapintar.com.my/

Terima Kasih Daun Keladi..

Tn. Guru Besar menyampaikan tanda ingatan kepada salah seorang guru pelatih.

Tn. Guru Besar menerima hamper bowling dari En. Osman Salleh, PK KK.



13 Ogos 2009 - Satu majlis khas bagi meraikan sumbangan dan jasa guru-guru pelatih dari IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani telah diadakan di Dewan Kantin SK Tunku Ismail, petang Khamis lalu.
Majlis yang disusun oleh Kelab Staf SK Tunku Ismail ini dipengerusikan oleh Ust Abdul Rahman Kadir Jelani dimulakan dengan ucapan Tn. Guru Besar, En. Che Hassan Che Yahya.
Majlis diteruskan dengan penyampaian tanda ingatan dan cenderahati kepada para guru pelatih yang telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar.
Pada majlis tersebut, turut disampaikan hadiah pertandingan bowling guru dan staf SK Tunku Ismail yang telah pun diadakan pada 4 Ogos 2009 yang lalu di Pusat Bowling Central Square, Sg. Petani.

Monday, August 10, 2009

Pra Sekolah SKTI Terus Unggul

Bergambar kenangan bersama trofi yang dimenangi

Tn. Guru Besar meraikan murid yang berjaya