Thursday, August 27, 2009

Program Pemantapan Murid Tahun 6

Tn. Guru Besar ketika menyampaikan kata-kata semangat buat Murid tahun 6

Bersama Ust Abdul Rahman Kadir Jelani

Bersama Ust Amir

26 Ogos 2009 - Satu program anjuran jawatankuasa Tahun 6 iaitu Program Pemantapan Murid Tahun 6 telah diadakan di Surau SK Tunku Ismail pada pagi hari Rabu yang lalu. Program yang bertujuan untuk memberi ruang dan pendedahan tentang kaedah bagaimana untuk memiliki kejayaan ini merupakan satu program yang penting sebagai satu persediaan sebelum menghadapi UPSR pada September akan datang.
Program yang dimulakan dengan bacaan doa oleh al-Fadhil Tn. Haji Khairul Izad Ismail itu diteruskan dengan pengisian berbentuk ilmiah dan motivasi. Slot pertama program telah diisi oleh Ust. Amir Mohd Nason, slot kedua oleh Ust. Abdul Rahman Kadir Jelani dan slot terakhir telah diisi oleh Tn. Guru Besar sendiri iaitu En. Che Hassan Che Yahya.
Menurut Penyelaras Tahun 6 SK Tunku Ismail, Pn. Fazilah Abdul Jalil, program ini yang jadual asalnya pada awal September nanti adalah bertujuan bagi memantapkan persiapan para murid untuk menghadapi UPSR 2009 nanti.
"Kita sudah pun mempersiapkan mereka dengan teknik-teknik menjawab, begitu juga dengan ujian-ujian percubaan yang telah pun dilalui oleh murid-murid ini. Jadi kita merasakan bahawa murid-murid ini juga amat perlu kepada persiapan dan persediaan dari segi mental dan minda mereka sendiri agar lebih yakin dan bersedia untuk menghadapi UPSR nanti dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penceraramah-penceramah kita terutama Tn. Guru Besar, walaupun kita laksanakan secara dalaman saja namun saya merasakan ia mampu memberi impak yang amat baik kepada para murid", demikian jelas Pn. Fazilah Abdul Jalil.
Turut hadir pada program ini ialah Pn. Rusna Abdullah, guru tahun 6.

No comments: