Saturday, February 7, 2009

Ceramah Maal Hijrah 1430H


Program ceramah sempena sambutan Maal Hijrah 1430 telah diadakan di Dataran Perhimpunan SK Tunku Ismail. Program yang merupakan anjuran Panitia Pendidikan Islam ini adalah acara yang wajib disambut setiap tahun bagi mengenangkan peristiwa hijrah yang telah berlaku kepada Baginda Rasulullah s.a.w







Program dimulakan dengan acara selawat beramai-ramai yang dipimpin oleh Ust. Amir. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Ust. Azli Mohd Nason, guru dari SMA Al-Islah, Sg. Petani, Kedah. Beliau yang merupakan lulusan dari Universiti Abu Nour, Damascus, Syria jurusan pengajian Islam dan Bahasa Arab.


Di dalam ceramah tersebut, beliau banyak menyentuh tentang kepentingan memahami kehendak hijrah yang membawa makna perpindahan itu kepada kelangsungan Islam dan keperluannya kepada kehidupan semasa manusia pada hari ini. Tanpa hijrah, seseorang manusia itu tidak dapat melakukan sebarang perubahan ke arah yang lebih di dalam kehidupan samada kehidupan berkeluarga mahupun kehidupan bermasyarakat supaya seluruh masyarakat itu dapat menjalani kehidupan yang penuh keberkatan dan kerahmatan dari Allah s.w.t.



Sesi ceramah turut diselang seli dengan acara kuiz yang dikendalikan sendiri oleh penceramah. Ini bertujuan bagi menarik minat murid untuk terus mengikuti ceramah yang disampaikan dan seterusnya mereka dapat memahami dengan baik.


Selamat Tahun Baru Hijrah 1430..

No comments: