Wednesday, May 6, 2009

Peristiwa-Peristiwa Minggu Ke-16







26. 04. 2009 : English Week yang bermula sejak 19 April lalu telah dilancarkan oleh Tn. Guru Besar pagi ini pada perhimpunan rasmi. Majlis Pelancaran yang dipengerusikan oleh Pn. Fazilah Abd Jalil selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris turut menjemput Tn. Guru Besar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang beberapa acara yang telah dipertandingkan sepanjang English Week ini berlangsung.






Barisan guru dan jululatih dari pasukan PKG Kuala Ketil


Pada hari yang sama, satu perlawanan persahabatan bola baling telah diadakan di Padang SKTI diantara pasukan SKTI vs Pasukan PKG Kuala Ketil. Perlawanan ini dianggap sebagai perlawanan pemanas badan bagi pasukan SKTI yang akan menyertai kejohanan bola baling peringkat PKG Sg. Petani yang turut dilangsungkan di Padang SKTI ini.


Penentuan penalti yang mendebarkan


27 & 28. 04. 2009 : Kejohanan Bola Baling Peringkat PKG Sg. Petani bermula hari ini seawal jam 8.30 pagi dengan jumlah penyertaan adalah masing-masing 9 pasukan bagi setiap kategori iaitu L12 dan P12.




Pasukan SKTI L12 berada dalam kumpulan B bersama pasukan dari SK Bakar Arang, SK Sidam Kiri dan SK Sg. Petani. Memulakan perlawanan bertemu SK Bakar Arang, SKTI menang 12-0, kemudian bertemu SK Sg. Petani (16-1) dan terakhir bertemu SK Bakar Arang (9-1). Pasukan SKTI L12 layak ke separuh akhir untuk bertemu dengan pasukan SK Seri Gedong yang muncul naib johan kumpulan A. Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Effendi ini akhirnya muncul juara apabila menewaskan SK Sg. Pasir pada perlawanan akhir dengan 13-0.

Manakala Pasukan SKTI P12 pula diletakkan dalam kumpulan C bersama pasukan dari SK Taman Seri Wang, SK Bakar Arang dan SK Sg. Petani. memulakan perlawanan bertemu SK Taman Seri Wang, Pasukan SKTI menang dengan jaringan 6-2. kemudiannya bertemu degan SK Bakar Arang (4-0) dan SK Sg. Petani (10-0). Pasukan ini turut layak ke separuh akhir bertemu SK Seri Gedong dan akhirnya turut muncul juara setelah dipilih sebagai pemenang dengan kiraan lambungan syiling selepas seri 6-6 pada perlawanan sebenar dan seri 1-1 pada balingan penalti ketika bertemu SK Sg. Pasir.

Ini merupakan kejayaan sulung secara berganda bagi SK Tunku Ismail. hasil kejayaan ini, SK Tunku Ismail telah diberi tanggungjawab selaku pembimbing dari sudut pengurusan dan kejurulatihan bagi menghadapi kejohanan peringkata daerah yang akan diadakan pada 12-14 Mei ini di SMK Bt5 Jalan Jeniang, Gurun Kedah.


Ust Abdul Somad sedang memantau proses P&P Khatam Al-Quran


29. 04. 2009 : SK Tunku Ismail telah diziarahi oleh Pasukan Pemantau Bersepadu Program j-QAF yang diketui oleh Ust Abdul Somad Abdullah, Penolong Pengarah Kanan j-QAF, JPN Kedah, Ust Dziauddin Saad, Pegawai Khas j-QAF PPD Kota Setar dan Ust Jamal Abdul Nasir Abdul Rahman.

No comments: