Saturday, July 10, 2010

Pertandingan Boria Peringkat KMY

Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam menjadikan Pasukan Boria SKTI selaku Naib Juara pada pertandingan Boria Peringkat KMY. Pertandingan ini diadakan pada 8 Julai 2010 bertempat di SK Syed Jan Sungai Pertani.

Tahniah juga diucapkan kepada pasuka Boria SKTI kerana berjaya memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjadi satu pasukan boria yang hebat. Boria mempunyai peraturan tertentu yang harus dipatuhi sebelum sesebuah pasukan itu layak dianggap pasukan boria. Kegagalan mematuhi peraturan seharusnya sesebuah pasukan itu tidak layak untuk bergelar juara.

Sekalipun menduduki tempat kedua, persembahan Boria SKTI menghiburkan dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir.

Tahniah pada semua yang terlibat.



















2 comments:

Puteri Azizul said...

Tahniah SKTI>......syabas..harap tahun depan jadi juara..

Unknown said...

ada x gmbar or video boria 2005...masa hari anugrah cemerlang skti...sy rindu saat2 tu...